Lagi Kat Malaysia Oh TanahAirku

Peluang Kedua Untuk Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)?

Wajarkah kita memberi peluang kepada mereka? beri peluang kepada mereka untuk dapatkan Passport atau visa dan kemudian ambil mereka bekerja dengan kita?

Mereka sudah bertahun2 di Malaysia(Sabah khasnya) dan telahpun merampas sebahagian hak2 bumiputera di Sabah. Haruskah kita memberi peluang sekali lagi?? Untuk terus merampas hak2 kita tu?


Adun Sebatik cadang PATI diambil bekerja
NewSabahTimes 24th July, 2008

TAWAU: Anggota Dewan Undangan Negeri Sabah kawasan Sebatik Abdul Muis Picho mencadangkan supaya pendatang asing tanpa izin yang bakal ditahan dalam operasi besar-besaran di Sabah bermula bulan depan tidak terus dihantar pulang ke negara asal sebaliknya dibenarkan diambil bekerja oleh majikan yang berminat.

Selain mengurangkan kos kerajaan untuk mebnghantar mereka pulang, langkah itu dapat menampung kekurangan tenaga kerja khususnya dalam sektor perladangan dan pembinaan di Sabah, katanya kepada Bernama kelmarin.

Abdul Muis mencadangkan agar semua agensi kerajaan yang berkaitan menyediakan pusat sehenti bagi mengeluarkan dokumen yang diperlukan kepada pendatang tanpa izin ini bagi memudahkan urusan pengambilan mereka oleh majikan.

“Melalui cara ini, saya yakin ramai pendatang tanpa izin ini akan menyerah diri secara sukarela kepada pihak berkuasa,” katanya.

Anda yakin bila PATI diberikan peluang seperti itu, mereka keluar berbondang2 menyerah diri? Kita perlu bertindak tegas dan kerajaan Indonesia dan Filipina haruslah memberi kerjasama sepenuhnya dalam 'membawa balik' rakyat mereka yang melarikan diri daripada negara mereka itu.

Pada 17 Julai, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa operasi pengusiran pendatang tanpa izin dari Sabah yang dianggarkan berjumlah 150,000 orang, akan bermula awal Ogos ini.

Operasi bersepadu itu akan dimulakan di pantai barat Sabah sebelum ke pantai timur dan tertumpu kepada pendatang yang tidak mempunyai dokumen perjalanan dan juga dokumen tamat tempoh.

Abdul Muis juga meminta kerajaan supaya mengkaji semula kadar levi yang dikenakan bagi setiap pekerja asing yang diambil bekerja kerana levi yang terlalu tinggi menjadi antara punca majikan mengambil pendatang tanpa izin untuk bekerja dengan mereka.


Kenapa Majikan harus mengambil PATI bekerja? Sebab pasti adalah mereka nak dapat untung yang lebih, dan memperbodohkan diri sendiri.
Majikan yang mengambil PATI harus dikenakan tindakan yang sewajarnya. Mereka juga sama seperti PATI yang mencabuli hak2 rakyat tempatan.

Semua pihak harus sedar, dan tidak mementingkan diri sendiri dan tidak mengkhianati negara sendiri.

0 comments:

Post a Comment

Please Comment As [Name/Url].
Don't use Anonymous, but if you still want to use Anonymous, please put your nickname at the end of your comment, otherwise your comment wouldn't be appear.

Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger